Sunday, December 7, 2008

Keputusan Anugerah Artis Tempatan Sabah PERTISA 2008

Penyanyi Lelaki Popular - Joseph Majakui
Penyanyi Wanita Popular - Esther Elizabeth Applunius
Pelakon Lelaki Popular - Abu Bakar Ellah @ Ampal (Orang Kita 1)
Pelakon Wanita Popular - Clarice John Matha (Percintaan Tanpa Izin 1)
Lagu Paling Popular - Sayang Kinabalu ([Kimin Mudin] Lagu/Lirik: Asmin Mudin)
Telemovie Paling Popular - Orang Kita 1 (Skyline Enterprise)

Anugerah Khas
1. Anugerah Khas Tokoh Lagu Tempatan - Asmin Mudin
2. Anugerah Khas Lakonan - Abu Bakar Ellah @ Ampal
3. Anugerah Khas Utama - Mendiang John Gaisah

Artis Paling Popular - Ivye Alexandra

Malam Anugerah Artis Tempatan Sabah PERTISA 2008

Penaung PERTISA En. Philip Lasimbang dan Datuk Joseph Guntabid, Presiden PERTISA.

Artis Paling Popular - Ivye Alexandra

Pelakon Wanita Popular - Clarice John Matha (Percintaan Tanpa Izin 1)

Lagu Paling Popular - Sayang Kinabalu ([Kimin Mudin] Lagu/Lirik: Asmin Mudin)


Pelakon Lelaki Popular - Abu Bakar Ellah @ Ampal (Orang Kita 1)

Sekitar Malam Anugerah Artis Tempatan Sabah 2008

Penyanyi Wanita Popular - Esther Elizabeth Applunius

Monday, December 1, 2008

Bilik Pengiraan Undi

Pengiraan undi mengambil masa selama tiga hari. Aduh...."Artis yang menang mesti potong kerbau punya hhahaaa"...

Masa Rehat

Berbakti demi artis tempatan kesayangan mereka hahahaa...

Pengiraan Undi


PROSES PENGIRAAN UNDI CALON ANUGERAH ARTIS TEMPATAN SABAH

" ATUKOI.....Matapun jadi juling mengira ni undi",

Thursday, November 20, 2008

Senarai Akhir Calon Anugerah PERTISA 2008

Inilah dia Senerai Calon Anugerah Pertisa 2008 yang perlukan undian anda.


Semua undian haruslah menggunakan borang undian Original yang di sediakan oleh Akhbar New Sabah Times. Borang Undian yang di Photocopy tidak akan di terima.


Anda boleh menghantar Seberapa banyak undian yang anda Mahu asalkan anda menggunakan Borang Undian Original.


Pastikan anda membaca Syarat-syarat Mengundi yang terdapat pada borang undian untuk mengelakkan undi anda ROSAK.


Undilah.. Sokongan anda amat diperlukan oleh Artis Kesayangan Anda..


Selamat Mengundi.. !

Saturday, October 4, 2008

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ANUGERAH ARTIS TEMPATAN SABAH 2008

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ANUGERAH PERTISA 2008.

1. Calon mestilah anak watan Negeri Sabah dan Warga Negara Malaysia.
2. Calon yang berasal daripada Semenanjung Malaysia mestilah bermastautin 10 tahun keatas di Sabah.
3. Mempunyai Album (CD,VCD,DVD atau Kaset) secara single atau kompilasi.
4. Bahasa yang digunakan adalah bebas.
5. Lagu ciptaan mestilah asli. Persamaan melodi melebihi 4 bar dengan melodi lagu ciptaan lain adalah tidak layak).
6. Bagi Telemovie, pelakon-pelakon mestilah anak watan Sabah.
7. Setiap peserta boleh mencalonkan seberapa banyak penyertaan dalam semua kategori.
8. Yuran penyertaan adalah RM 50.00 (Kategori A-F) dan RM100.00 untuk Telemovie(kategori G).
9 Keputusan adalah muktamad.
10 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10.11.2008
11. Undian melalui akhbar New Sabah Times akan ditutup pada 29 November 2008.
12. Pengiriman borang undian bukan bukti penerimaan.
13. Penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat tidak akan diterima untuk mengikuti
pertandingan ini serta yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
14. Sebarang pencalonan untuk anugerah telemovie paling popular haruslah mendapat pengesahan daripada Syarikat berkenaan (syarikat yang menerbitkan telemovie berkenaan).
15. Jika calon didapati terbabit dengan kes-kes yang melibatkan jenayah, penyertaan akan dibatalkan dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.

FORMAT PERTANDINGAN.

1. Pertandingan ini diadili berdasarkan undian melalui akhbar New Sabah Times.
2. Undian boleh dibuat sebeberapa banyak tetapi mestilah menggunakan keratan asal akhbar New Sabah Times dan dipangkah menggunakan pen mata bulat.
3. Borang penyertaan boleh diambil daripada Pusat Pertisa di Jabatan Muzium ataupun melalui WEB Pertisa (http://pertisasabah.blogspot.com)
4. Bayaran Penyertaan boleh dibuat sperti berikut:-
4.1 Melalui Wang Pos Malaysia atas nama Persatuan Artis Tempatan Sabah dan dihantar kepada Pusat Pertisa di Jabatan Muzium bersama-sama dengan borang penyertaan atau

4.2 Melalui akaun Pertisa melalui nombor 101960010025711 di Alliance Bank dan faxkan borang penyertaan serta slip pembayaran ke 088-263632, 088-421107 atau 088-773606.
5. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-
1. En. Abu Bakar Ellah (Tel: 0198101530),
2. En. Evaristus Gungkit (Tel: 0168173159) ,
3. En. Asmin Mudin (Tel: 0168360736),
4. En. Gilbert Gondungan (Tel: 0138713372),
5. En. Narsisius Justin Misin (Tel: 0168447514)
6. En. Edward Kating (Tel: 0198405442).
7. En. Simon Bukag (0148628477)
8. En. James Sami (0195326767)

Wednesday, September 17, 2008

Tolong beri komen anda....

Artikel ini benar-benar menarik perhatian saya.Saya jumpa artikel ini didalam blog D-BossFm(D-bosFm!!jgn ko saman sa pula pasal sa copy artikel ini..hehe..).Semasa Kaamatan 2008 di KDCA yang lalu, rakan saya NARS mengajak saya untuk menyertai Peratuan PERTISA ini.Dia kata, mereka sedang berusaha menarik seberapa ramai dan kalau boleh semua pengiat seni diSabah, tidak kiralah penyanyi, pelakon, pengarah, penulis lirik, pemain muzik dan yg seerti dgnnya menjadi ahli persatuan ini. Timbul juga persoalan diminda saya ketika itu terutama apa matlamat utama PERTISA, apa aktiviti PERTISA yg dapat membawa kebaikan kepada ahli-ahli yg menyertai. Namun disebabkan tidak mahu banyak soal, saya pun menyertai persatuan ini dengan mengisi borang dan bayaran RM50 sebagai sokongan walaupun saya masih samar-samar akan matlamat dan misi yg dibawa oleh persatuan ini.Kawan punya pasal, nda apalah....Hari ini,apabila membaca keseluruhan artikel ini, baru saya faham dan yakin bahawa persatuan ini komited dalam memperjuangkan hasil karya pengiat seni diSabah agar terus maju dan mendapat pengiktrafan dari masyarakat khususnya diSabah.Ini sudah tentu memberi impak besar dan manfaat yg berguna kepada pengiat seni tempatan di Sabah. Sekurang-kurangnya ini memberi sedikit semangat dan dimensi baru agar mereka yg terlibat dalam arena seni sentiasa berusaha dan memperbaiki hasil karya mereka supaya layak untuk mendapat pengiktirafan.Dan semalam juga rakan saya si NARS pula menghantar pesanan ringkas mengenai pencalonan saya dalam 3 kategori(nda taulah mana satu kategori)untuk anugerah ini benar-benar mengejutkan saya. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hasil karya saya ini dapat diterima memandangkan album yg saya keluarkan hanya beberapa bulan yg lalu.Namun pencalonan ini sekurang-kurangnya satu petunjuk yg orang lain nampak akan kewujudan karya saya di Sabah. Berbalik kepada soal keahlian PERTISA tadi, saya melihat penyertaan artis yg mempuyai nama besar seperti, Abu Bakar Ellah, Asmin Mudin dan Clarice pasti memberi suntikan baru kepada persatuan ini. Dan timbul pula idea saya untuk sama-sama membantu persatuan ini agar keahlian terus bertambah pada masa akan datang. Saya harap idea saya ini sekiranya belum diusulkan agar dapat disampaikan pada masyuarat PERTISA akan datang.Saya ingin mencadangkan supaya pertisa membuat "PREVILLIGE CARD" khas untuk semua ahli yang berdaftar dengan persatuan ini. Fungsi,keistemewaan dan kebaikan kad ini seperti dibawah:1. Kad ini merupakan pengenalan diri dan pengiktirafan dalam persatuan ini.Ini merupakan kad istemewa yg hanya dimiliki oleh artis di bawah persatuan ini. Detail seperti nama pena, nama penuh dan sebagainya akan menjadikan kad ini mempunyai nilai estitika tersendiri.Tapi ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk..2. Kad ini juga mungkin boleh digunakan untuk pengesahan seseorang artis sebagai bukti dalam urusan-urusan seperti permohonan ahli MSCP dan sbgnya. 3. Kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun istemewa untuk produk dibawah PERTISA. Sekiranya dipersetujui, kad ini melayakkan pemegang mendapat diskaun istemewa apabila mereka membeli apa-apa produk yg dijual oleh pertisa seperti CD, VCD, cenderamat dsb. Ini secara tidak langsung membantu rakan artis melariskan jualan produk.4. Memandangkan yuran keahlian RM50 hanya diatas kertas, pemberian secara automatik kad ini apabila menjadi ahli merupakan satu galakan dan pulangan.Saya percaya sekirannya sekalipun kad ini mempunyai tempoh sah, ahli akan sanggup memperbaharui dengan sedikit bayaran(Cth RM20/sthn)kerana kebaikan no.3 diatas pasti lebih tinggi dari bayaran keahlian setahun. Secara tidak langsung, ini juga merupakan pendapatan berterusan PERTISA daripada renewal kad ini. Pembaharuan ini pula boleh dibuat semasa Pesta Kaamatan setiap tahun.5. Kamurang fikir lah sendiri...huhu...
Posted by AdeX at 11:57 AM 3 comments

Thursday, September 11, 2008

Album Terbaru Artis Tempatan Sabah.


Album Pibabasan



Album ini diterbitkan oleh Vision Recording Studio (VRS) Tambunan. Menampilkan Penyanyi Tiga Beradik iaitu Christopher Kondungan, Lukas Kondungan Dan Gilbert Gondungan. Album ini menghimpunkan 10 buah lagu pelbagai rentak iaitu:- Cha-cha, Slow Rock, Pop, R&R dan Sumazau.. menampilkan Christopher Kondungan sebagai teraju utama dimana 8 buah lagu dinyanyikannya. Dua buah lagu lagi dinyanyikan oleh Lukas Kondungan dengan keunikan suaranya yang jarang-jarang kita dengar.. dan sebuah lagu lagi dinyanyikan oleh Gilbert Gondungan yang juga merupakan Setiausaha Agung PERTISA.
Antara lagu yang menarik dan istimewa dalam album ini ialah lagu bertajuk "Pibabasan Igitai Toh" Ciptaan Saudara Evaristus Gungkit dan dinyanyikan oleh Setiausaha Agung PERTISA Gilbert Gandungan. Lagu berentak Pop yang mempunyai kekuatan melodi dan Lirik lagu yang amat mendalam ini Pasti menggamit perasaan mereka yang mendengarnya.. "Rugi korang klu tia dengar ni lagu" ( C Badadang Bilang...)
Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah: Malu-malu tapi mau-mau.., Umandak Kada Kosumbung.., Miupus Om miginawo Kou.., Kanou Pogi Manari.., Oudut koh pama doho.., Ginawo ku Kakal Mupus Dika.., Tonudo noh Boros Molohing nu.., Amy Pogihum noh suai (Lukas Kondungan) dan Oi Eddy Giatai Noh Sumikul.






Mix Dusun Kimaragang 2008
Album Terbitan Diamond Home Studio Kota Marudu ini menampilkan Dua orang penyanyi baru dari suku Dusun Kimaragang iaitu Mayy Mainah dan Tensin. Album yang berkonsepkan Sumazau ini juga juga menyelitkan rentak Dangdut dan pop dalam adunan musik mereka. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah: Sumandak Pingan-pingan., SMS Pitongkiadan., Kinupi Koubasanan., Piginawaan au notilombus., Okon koh kito' o Jodoh.., Nunug Poimpasi Kou poh Da'a.., Piombolutan Nosiliu Pitagadan.., Janji Pukul Lapan.., Molohing nu au Asaga dan Okon koh Magada dika.

Saturday, September 6, 2008

Mesyuarat Makan Amal PERTISA

Pada 05 Sept 2008 (Jumaat), PERTISA telah mengadakan mesyuarat Makan Amal yang ke -3. Kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini agak memuaskan. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pembentangan kertas kerja Anugerah Artis Tempatan Sabah hasil daripada cadangan En. Abu Bakar Ella (Ampal) dan Asmin Mudin (Umbut). Antara kategori Anugerah Artis Tempatan Sabah yang dipertandingkan dan diadili sepenuhnya oleh orang awam ialah:

1. Artis Tempatan Paling popular
2. Penyanyi Lelaki Tempatan Paling Popular
3. Penyanyi Perempuan Paling Popular
4. Lagu Tempatan Paling Popular
5. Pelakon Lelaki Tempatan Paling Popular
6. Pelakon Perempuan Tempatan Paling Popular
7. Telemovie Paling Popular.

Syarikat rakaman atau individu yang ingin mencalonkan mana-mana kategori tersebut akan dikenakan yuran pencalonan sebanyak RM50.00 kecuali kategori Anugerah Telemovie Paling Popular dikenakan yuran sebanyak RM100.00.




C Umbut sedang memberi penjelasan tentang perlaksanaan majlis anugerah artis tempatan Sabah pada malam Makan Amal Pertisa.


Antara ahli PERTISA yang hadir dalam mesyuarat pada 05 Sept 2008. Kelihaan Mr. Ampal, En. Mark M, En. Julius Guduk dan En.Landree Asing.



Sunday, August 31, 2008

Office PERTISA

Buku Lagu Terbitan PERTISA






Antara Produk Artis Tempatan Sabah yang terdapat di Pusat PERTISA



CD Unduk Ngadau Kaamatan Pertisa 2008




Signboard yang menunjukan Pejabat Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA)


Produk Artis Tempatan Yang Dijual Di PUSAT PERTISA

Pemandangan PUSAT PERTISA dari hadapan


PEJABAT PERTISA
Gambar di atas menunjukkan Pejabat Pertisa yang telah pun Beroperasi Sejak Bulan Mei 2008.
PUSAT PERTISA ini bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran PERTISA tetapi juga Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk-produk serta Album-album Artis Tempatan Sabah.
Pusat ini juga menjadi tempat Perjumpaan dan Perbincangan Para Ahli-ahli Persatuan Yang terdiri dari Pelbagai Etnik dari seluruh pelusuk Negeri Sabah.
Dengan kewujudan Pusat Pertisa Yang terletak Di Bangunan utama Jabatan Muzium Sabah, semoga segala Kemyuskilan yang dihadapi oleh Ahli-ahlinya mendapat perhatian yang sewajarnya.
Begitu juga dengan Artis-artis tampatan Sabah yang lain, yang belum bernaung dengan Persatuan dan ingin menjadi ahli atau ingin bernaung dengan PERTISA. semoga tiada lagi masaalah untuk menghubungi Persatuan ini.

Saturday, August 30, 2008

Suntikan Semangat Buat PERTISA.

Comporser terkenal Asmin Mudin @ Umbut dengan gaya "selamba"nya menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PERTISA Datuk Joseph P. Guntavid. Turut Kelihatan Penaung Pertisa Ybgh. Philiph Lasimbang, Bendahari Pertisa dan Ajk Pertisa En. Albert Mark dan Beatrice Mujip.
Abu Bakar Ellah (ABE) Menyerahkan Borang Keahlian Kepada Presiden PERTISA. Turut disaksikan oleh Penaung PERTISA Ybgh. Philip Lasimbang.


Asmin Mudin, Clarice J. Matha Dan Abu Bakar Ellah Ketika Menyerahkan Borang Keahlian PERTISA.

ABE Sempat buat lawak ketika menyerahkan borang keahlian. Issh..Isshh.. Issh.. si Albert dan Beatrice Sampai geli Hidung dibuatnya.. hehehe !

Asmin Mudin, Abu Bakar Ellah dan Clarice Sah Jadi Ahli Pertisa
Tarikh 22hb Ogos 2008 adalah merupakan salah satu lagi tarikh bersejarah buat Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA). Tiga Nama Besar Dalam Industri Hiburan Sabah Telah memuktamadkan keputusan mereka untuk menjadi Ahli PERTISA dan menyerahkan Borang Keahlian mereka semasa mesyuarat AJK Pelaksana PERTISA yang di adakan Di Wong Kwok Restaurant Penampang Pada 22 hb Ogos 2008. Mereka Ialah Comporser terkenal Asmin Mudin, Penyanyi, Pelawak,Pelakon Abu Bakar Ellah Dan Penyanyi Dan Pelakon Cantik Clarice J. Matha.
Asmin Mudin merupakan Seorang Comporser Terkenal. memenangi Pelbagai Anugerah Peringkat Kebangsaan adalah Penulis lirik bagi lagu Gemilang yang mana telah menjulang nama penyanyi Jacklyn Vicktor di Persada Seni Tanahair kita. selain Lagu Gemilang, lagu-lagu ciptaan beliau juga telah banyak menaikkan nama penyanyi lain seperti ratu Jazz Malaysia Shila Majid dan Penyanyi yang yang pernah menjadi Idola Rakyat Malaysia Sekitar tahun 90-an iaitu Ziana Zain yang mana dikenali melalui lagu Anggapan mu ciptaan Comporser kebangaan Sabah Asmin Mudin.
Selain menulis dan mencipta lagu-lagu dalam bahasa Melayu, Anak Kelahiran Papar yang juga merupakan seorang Guru Muzik dan lebih dikenali dengan nama "Umbut" di persada seni tempatan Sabah ini juga aktif mencipta lagu dalam bahasa Dusun yang mana merupakan bahasa ibunda beliau dan telah banyak menaikkan nama ramai artis tempatan Sabah.
Abu Bakar Ellah... Nama yang sinonim dengan lagu-lagu genre Etnik Sabah adalah seorang Pelawak, Penyanyi, Pelakon,Pencipta,Penulis lirik, Penerbit album.. Emcee.. dan.... banyak lagi.. hehe ! semua ada dalam dia bah ni ! susah mo kasi senarai.. Merupakan Anak Keliahiran Kinabatangan Pernah memilih bidang Pendidikan sebagai kerjaya beliau sebelum mengambil keputusan untuk mengabdikan diri dalam bidang seni dan memperjuangkan serta memajukan industri hiburan Sabah.
Clarice J. Matha.. Anak Seni Kelahiran Sandakan. Merupakan Seorang Penyanyi, pelakon, Penulis Lirik.. menjadi idola di kalangan peminat seni dan lagu-lagu tempatan Sabah. Pernah Mewakili Daerah Sandakan dalam Pertandingan Unduk Ngadau Di KDCA suatu Ketika duuluu.. Sia dingar-dingar Dia ni lahir Di Sandakan tapi Suku sakat dia banyak di Bingkor dan kg Minawo Keningau.. hehe ! Betul kah tu Clarice..??
Sesungguhnya Penyertaan mereka dalam Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) untuk sama-sama berjuang dalam Persatuan merupakan Satu lagi Suntikan Semangat kepada PERTISA dalam memperjuangkan serta Melindungi hak-hak serta Kebajikan Artis Tempatan Sabah.

Sunday, July 6, 2008

Thursday, July 3, 2008

Di sekitar Kaamatan Pertisa 2008

kita tingok lah... meriah kan........!!!!
"Emmm....ada juga cocola cap tiger pada masa tu...bagi-bagi lah kawan".Artis-artis sempat bertukar-tukar idea...pasti cerita pasal album...

Kaamatan Pertisa 2008

Penaung PERTISA En. Philip Lasimbang dan Presiden Pertisa Datuk Joseph Guntabid bersama Datin menyaksikan pertandingan Sugandoi Separuh akhir.

Pertandingan Menopuk

Kelihatan En. Leonard Ingging sedang beraksi melakukan aktiviti 'menopuk'.Para peserta dan orang ramai sedang memerhati kebolehan En. Leonard.

7 Finalist Unduk Ngadau Kaamatan Pertisa 2008

30 0rang peserta yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Pertisa 2008 yang diadakan di Kampung Warisan Muzium Negeri Sabah.

Friday, June 27, 2008



KELIHATAN Penaung Pertisa Philip Lasimbang, Presiden dan ajk lain ketika memalu gong tanda' perasmian Kaamatan Pertisa 2008

perasmian pelancaran Kaamatan Pertisa, Sugandoi dan Unduk Ngadau, 26 Jun, 7.30pm, Pentas Warisan Muzium

Penaung pertisa En Philip Lasimbang ketika sedang berucap

perasmian pelancaran Kaamatan Pertisa, Sugandoi dan Unduk Ngadau, 26 Jun, 7.30pm, Pentas Warisan Muzium



seorang daripada peserta saringan Sungadoi

Wednesday, June 25, 2008

ATURCARA SEMPENA PESTA KAAMATAN PERTISA 2008

Semua Artis Tempatan Sabah dan Orang Ramai DiJemput Datang Ke Pesta Kaamatan PERTISA 2008
TEMPAT: PENTAS WARISAN, JABATAN MUZIUM, SABAH
Tarikh: 26 Jun 2008 (Khamis)
Masa:
6.00 Petang Pentaftaran Peserta Sugandoi
6.30 Petang Ketibaan AJK Penganjur
6.45 Petang Ketibaan ahli-ahli PERTISA dan orang ramai
6.50 Petang Ketibaan Pengerusi Penganjur,Datuk Joseph P. Guntabid
7.00 Petang Ketibaan Ybhg. En. Philip Lasimbang, Penaung PERTISA
7.05 Petang Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Penganjur, Datuk Joseph P. Gntabid
7.15 Petang Perasmian Pesta Kaamatan PERTISA 2008,Ybhg En. Philip Lasimbang
7.30 Petang Pertandingan Separuh akhir sugandoi/ Raptai Unduk ngadau

Tarikh: 27 Jun 2008
Masa
6.30 Petang Ketibaan AJK
6.45 Petang Ketibaan ahli-ahli PERTISA dan orang ramai
7.30 Petang Pertandingan Akhir Sugandoi PERTISA 2008
- Persembahan Pemenang
- Penyampaian Cendera Kenangan kepada para pengadil
- Keputusan pertandingan
11.00 malam Majlis dijangka selasai

Tarikh: 28 Jun 2008
Masa:
8.30 pagi Ketibaan AJK penganjur
8.45 pagi Ketibaan ahli-ahli PERTISA dan orang ramai
9.00 pagi Kempen Derma Darah
9.30 pagi Sukan Tradisi bermula
- Memancing
- Main gasing
- Rampanau
- Mongompuri
- Monopuk solo dan berkumpulan
- Melastik solo dan berkumpulan
12.00 t/hari Penyampaian hadiah sukan tradisi
12.30 t/hari Rehat
1.00 petang Pertandingan akhir Unduk Ngadau PERTISA 2008
4.00 petang Penyampaian hadiah Unduk Ngadau PERTISA 2008
5.00 petang Acara Hiburan
10.00 malam Majlis selasai.

Sunday, June 22, 2008

Sesi rakaman lagu Pertisa.

Kelihatan Nars,Papai & Simon..sedang belajar muzik baru lagu pertisa.
Nars...sedang merakam suara..
hai sibuk ooo.....kelihatan sedang mencari tiun2 dorang ni......heheheh...

Sunday, June 8, 2008

KAAMATAN PERTISA

Kaamatan Pertisa akan di langsungkan pada 27 & 28 Jun 2008, bertempat :Pentas Warisan Muzium Sabah.
Pemilihan Awal Sugandoi & raptai Unduk ngadau : 26 Jun 08, jam 7.30 pm
Pertandingan Akhir Sugandoi : 27 Jun 08, Jam 7.30 pm,
Unduk ngadau : 28 Jun 08, Jam 1.00 pm.
(Borang2 Pertandingan SUGANDOI KAAMATAN dan UNDUK NGADAU boleh didapati di pusat pertisa muzium sabah)

(mesyuarat Pertisa akan diadakan pada 13 Jun 08, Jam 6.30 ptg Harap Maklum)
Datuk Presidin sedang mempengurusikan Mesyuarat Kaamatan Pertisa.....!!!
Martha Ginun tak pernah ketinggalan memberikan idea2 yang bernas......!!!!!

Antara ahli2 pertisa yang hadir mesyuarat...........!!!!!